BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 1, 2012

awat lama tak update?

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum!

Sebagai seorang yang ada blog, adalah common kalau dapat soalan macam ni:

"Bila nak update blog?"
"Kenapa dah lama tak update blog?"
"Dah tak main blog ke?"

Selalunya, kalau dapat soalan macam ni, orang biasa akan jawab:

"Tak ada idea."
"Malas."
"Sibuk."
"Tak ada connection internet."

Sesungguhnya, memang lama tak update. Tak ada orang tanya pon, so sebab tu aku macam tak pedulik sangat, sampai la semalam member tanya, aku dah macam..Alamakkk, tak payah lah tunggu entry dari aku. Kecewa je nanti. Reason kenapa aku tak update? Well, aku memang tak ada reason kukuh, cuma sifat MALAS je ada sekarang.

Kenapa MALAS? Sebab sekarang banyak duduk kat rumah je. Takda keluar ke mana sangat, so tak banyak isu nak diceritakan. So otak pun jadi tepu je. Tangan pun jadi kelu, eh kelu? Ke kejang? Eh? Apa-apa lah! *Alasan la sangat kan, padahal twit twit and bermuka buku rajin jeee. Kehkehkeh*

Aku tengok blogger yang sama-sama naik dengan aku dulu pun masing-masing dah kurang update. Yeahh, zaman dah berubah. Bloggers baru pun dah semakin RAMAI, so bagi lah chance kat depa pulak. Hik hik.

Tapi kadang-kadang terbit jugak perasaan rindu nak menaip kat blog, rindu nak lelepak dengan kawan2 suma, hurmmmmm. Akhirnya aku update gak walaupun entry NOTHING. Heh, sesungguhnya aku memang dah jadi tak reti nak menaip entry bernas. Wuuuuuuuuu T________T



ok gambar2 ni suma sebahagian daripada gambar2 latest..ngeee~
buat tarak tau jaa kalu ada muka 5kupang tuh..haha..

Ok bai. Sekian, wassalam!

Wednesday, May 16, 2012

pssstt..nota kasih sayang

**AMARAN: KANAK-KANAK/MAK-BAPAK/PEMFOBIA CINTA/PENGGILA TALAK/PEMAKI TAKTENTUHALA/PEMERLI SAKIT HATI/PENG-ANTI CINTA/PENJENAYAH HATI dan sekutu dengannya tidak digalakkan membaca nota ini. dikhuatiri dan diramalkan loya tekak dan taklalu makan selama 7 hari 7 malam dan dijangka akan tertanam sikap 'ewww' dalam diri sebagai respon kepada entri berbau cinta ini hari. konklusinya, sila beredar sekarang.


betapa tidak segannya saya disaat saya menaip nota ini untuk awak. khas buat awak yang terlalu dekat dihati saya dan saya mengaku, saya rindu sangat pada awak.

dengan harapan yang setinggi langit ketujuh saya harap untuk berjumpa dengan awak, lelaki masa depan. tatkala awak bilang awak pun rindu saya.. memang rindu itu manis, tapi rindu itu kadang kala agak menikam sanubari yang tak berapa nak kuat ni.

kita berhenti sekejap pasal harapan. mari cetuskan rasa jiwang sekarang.

Mohd Shahrizal bin Mahad,

mengenal awak suatu anugerah. menyayangi awak suatu kehendak. mencintai awak suatu perkara di luar kawalan. dan menulis sebegini jiwang leleh yang tahap dewa leleh dia ialah suatu perkara yang luar biasa..huhu..

atas segala apa yang pernah saya lakukan pada awak, yang buruk, yang tidak senang didengar, yang tidak elok dipandang, yang tidak bagus pada mata awak, atau apa2 pun. maafkan saya. tanpa niat yang tertanam dalam hati saya biarkan semua itu jadi. bukan kehendak saya kalau awak mahu tahu.
terima kasih to the maximum kerana banyak tolong saya terutama dalam bidang memberi semangat ni. awak je yang paling mahir dan amazing dalam hal itu. terima kasih untuk banyak perkara yang lainnya yang tak perlu dihuraikan dalam nota kasih sayang ini. awak tahu apa yang awak telah lakukan selama ini. bahagia takpayah dicerita. tapi kadang terlepas jugak cerita bahagia itu dimana mana. hati tengah lebat berbunga kan. hehehehehe

Monday, May 7, 2012

gunakan masa lapang sebelum tiba masa sempit

Ya. Tajuk entri kali ini adalah pengajaran yang ceq nak sampaikan. Tak perlu ceq tulis panjang-panjang.

Sejak semester kedua untuk tahun akhir, ceq semakin sibuk. Sibuk dengan practical teaching.Cukup sampai di sini ja kesibukan tu sebab ceq dah finish semuanya..orite.

Kepada yang masih sibuk dengan final year project, exam, kerja part-time, siram pokok bunga atau jemur kain, pastikan ampa semua gunakan masa lapang ampa dengan sebaik-baiknya sebelum tiba waktu sempit. Faham? Bagus. ceq sayang ampa..heh.

Next!

ok next adalah cara menjawab tepon dgn betulll...
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adalah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak la boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

1.
Soalan: haloo, may i speak to Bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.
Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mana la saya tau sapa kat sana..

3.
Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap ja la. buat apa tanya saya.

4.
Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanya boleh dicampur.(penangan belajar math..haha)

5.
Soalan: haloo, mak ada rumah?
Jawapan: mak takda rumah.bapak ada, pasal rumah ni bapak yang beli.

7.
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya… tima kacih.

8.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk. maap..

9.
Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini.
anda ingin mendaftar?

10.
Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11.
Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul la tu.

12.
Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon. salam kita wajib jawab)

ok dah..jangan bazirkan masa nak pikir tulis apa kt blog nih.. =p

ok last...kena ada gak gambaq sekeping!! haha

Wednesday, May 2, 2012

4 tahun di IIUM..apa yang akan saya rindui?

Assalamualaikum.


Ok, dah 2 hari kot saya tinggalkan blog ni. Bukan sengaja, tapi terpaksa.haha.. Tapi kenapa hari ni dapat update pulak? Ok, jawapannya ialah sebab harini saya rajin.Fuhhh, perasan! Hehe.

Kalau last week saya dah habis practical dan habis segala pembelajaran sebagai pelajar degree maksudnya dah habis belajar la kan? Ya! dah habis. Selama hampir 4 tahun saya berada di kuantan, tiba-tiba hari tu saya terfikir benda apa yang akan saya rindukan di IIUM?

Ok, yang pertama saya akan rindukan kawan-kawan saya. Ya, kawan di saat susah senang bersama. Kawan gelak tawa dan yang paling penting kawan yang ada bersama saya ketika saya sedih.






Yang kedua, saya akan merindui "my rumate". Ok, ni sebenarnya adalah list no 1. Tapi dah tertulis no 2 pulak. Hehe. Ya, saya akan sangat merindui mereka ni..


credit to fb idah rasid =)




credit to fb pija =)

Ok, itu benda yang kedua.

Benda ketiga yang akan saya rindu sekali apabila meninggalkan IIUM adalah..... Jeng jeng jeng.. dengar kawan2 bercakap bahasa UTARA!

Ya, saya akan betul betul rindu nak dengar kawan2 bercakap bahasa utara dan juga merosakkannya. Hahaha. Saya orang kedah, dan classmate saya majoriti orang selatan n timur. Bergaul dengan mereka buat mereka sendiri terikut pelat utara itu dan juga merosakkannya!
Nak tahu bagaimana mereka rosakkan?

Situasi 1 : Dalam bilik kawan, selepas melihat video orang main gitar di fb

selatan: Hang tau dak, adik kita kalau kat rumah duk main gitaq ja.
utara: Gitaq? Pa benda tu?
selatan: Main gitar, ala gitar....
utara: Weyh hang ni. Rosak bahasa utara. Mana ada gitaq, gitar lah. Hang ingat semua benda tukaq jadi q ka?

Situasi 2: Ketika jalan-jalan waktu petang

selatan: Weyh, syoknya kalau dapat main basikai. (basikal)
utara: Basikai? Beskal lah weii. (Beskal = basikal) . **Ntah saya lupa dia sebut macam mana. Hua3.

Situasi 3: makan2 dengan kawan2

selatan: Weyh, jom lah ambik gambar.
Selepas ambil gambar....
selatan: Haa, pas ni semua pakat-pakat tukaq profile pic-ca (sebut pikca) kat fb.
Kawan-kawan: Pic-ca? Bahasa apa tu weii? Hang ni pi b.i kan bahasa utara pulak.
Ok, semua gelakkan si selatan ni..haha.

Rasanya banyak lagi "term-term" bahasa utara yang telah mereka2 rosakkan. Har har har. Lepas ni bila dah balik kedah saya dah tak berpeluang lagi nak dengar budak2 ni rosakkan bahasa utara.

Ok, tu antara benda yang saya akan rindu sangat-sangat. Mungkin kalau saya ingat saya akan tulis lagi. Saya harap saya dapat update blog lagi lepas ni. (Ayat macam gila skema) Hahaha.

Ok la.xlarat nak pikiaq dah. Dengan itu saya mengucapkan assalamualaikum, Bye! =D

Monday, April 30, 2012

=)

ceq akan merindui saat-saat ini..

oooppsss... terletak sudaa pitcha nii.. emmm..sori kepada yang berkenaan..huuu..

hepinya rasa bila tengok pitcha yg nampak macam hepi ni... :)

Wednesday, April 25, 2012

wanita

deeiiii...lama jgk tak update.. wanita.. kalau tiada wanita di dunia ni, lelaki gay mesti bersepah. kalau tiada wanita di dunia ni, lelaki mesti tak pergi kelab malam dekat chow kit. kalau tiada wanita di dunia ni, takkan jumpa lelaki romantik. buat apa lelaki nak berlaku sweeettttt terhadap lelaki lain. kan? tak macam what the scary pula? apapun lelaki buat mesti berdasarkan wanita. ngaku jela. kan kan? terharunyaaaaaaaa kitewwww :')

tiada definisi wanita tak cantik. muka berjerawat tak semesti hati berjeragat. muka licin mulus macam kena sagat dengan kertas pasir tak semesti hati bersih macam kain kapan.

zaman sekarang wanita lebih ramai dari lelaki. tak hairanlah lelaki sekarang kahwin empat. nafsu kuda kepang kemain. ok ok salahkan mulut aku, orang kahwin empat cukup syarat zahir batin. kalau tak mampu jangan kahwin ramai simpan isteri buat bahan pameran sedang isteri duduk rumah lek lek takcukup makan takcukup sperm dalam badan. tiba tiba.

sebagai lelaki, takboleh ke lebih sedikit menghargai wanita? oh nak balas pantun cakap "eleh macamlah wanita hargai aku sebagai lelaki paling handsome walaupun tulang belakang bengkok sikit. ada ke? takdeeeeeee."

banyak orang cakap, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". future wife seorang lelaki ialah wanita yang dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki itu. jadi kalau lelaki tu rempit, wanitanya minah rempit? macam tu? bukanlah wehh.

pepatah tu mungkin untuk perwatakan dalam diri diorang. if not mistaken. habis tu apa lagi? entah lah nak cakap ilmu di dada takpenuh pula.

macam dah lari tajuk.

k bai, sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*terasa diri macam ustazah bahiyah ehem.

Tuesday, April 17, 2012

muka tensyen mengajar @@@@


this is what we call tension after teach the students..yang mana semua sudah pandai2 belaka sampai taknak dengar apa cikgu ajar and buat dont know...ok fine...up to u'ols..semua dah besaq2 n dah pandai pikir pun..grrrrr...