BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 19, 2012

memaafkan...tapi masih terluka

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Benarkah sudah memaafkan apabila masih memendam rasa terluka?


Maaf..Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.

Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.

Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.

Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?

Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata.jadi, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala.

Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa di hati, maka sakit hati pula mengambil alih peranan.

Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.

Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah..sakit itu akan tumbuh meliar dalam jiwa.

Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi sakit hati kita.

Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?

Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang kita mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat ye, orang yang bersalah, apabila datang kepada kita untuk memohon maaf dan kita memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan kita telah selesai. Selebihnya, urusan kita dengan ALLAh Ta’ala pula.

Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!

“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”

Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana kita tahu, kita meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai orang lain.jadi dalam masa itu, kita akan cuba belajar untuk memaafkan..

0 comments: